song

TuneList - Make your site Live

Friday, November 29, 2013

tiada hala tuju

assalamualaikum.
salam sejahtera.

boleh nampak sendiri kan tajuk tu ?
ok tu masalah dia sekarang.
mama cakap nak balik kampung sbb kak emy ada buat kenduri.
alih alih tak jadi pulak sbb mama malas.
then aku ingt nak melepak umah aiman.
OMG ! i miss her so much !!.
then tadi mama call dont know apa keputusan dia -.-"

dah berapa hari tak dengar berita balkhis.
at fb n tweet pun tak nampak.
then tetibe tadi dia text.
ya allah aku rasa nak menjerit je..
hhahah rindu gila at si pendek tu :P ahahahha
bila dah text aku punya kredit pulak dengki. time ni pulak tak ada kedit. wtf -.-"
then aku call lah dia guna telefon rumah semua aku cerita at dia sepanjang dia tak ada ngan aku ni. maigod. kalau boleh nak masuk dlm fone tu peluk dia kuat kuat :P ahahah.

dia cakap nak datang umah aku esok tp maybe aku g umah aiman sok tp mama tak bgtau keputusan lagi. alahai tu aku cakap aku tak ada hala tuju. cuti cuti ni duduk rumah je.
makan tidur, makan tidur. lama lama aku gemuk mcm tu je. hahahaha
i dont care. aku tak takut makan banyak coz aku tau badan aku jenis yg susah nak naik. hahaha dari dulu sampai sekarang berat 45kg je -.-" aku redha je lah.
tahun depan naik lah tu :)

so tunggu mama balik ni nak dapat kan keputusan cousin aku sibuk dah tanya balik melaka ke tak. aku sendri tak tau jawapan. oh god. stress betul. opsss muda muda tak boleh stress stress nanti cepat kedut. hahaha. its ok just smile :)


thats all.
assalamualaikum :)

Monday, November 25, 2013

Bored -_-

assalamualaikum 

hari ni aku tak tau kenapa aku rasa tersangat lah hambar tahap babi terbang jumpa dewa dewi kayangan, babi ngorat salah sorang dewi batman datang marah babi, babi mengalah babi nyanyi lagi sandiwara cinta -_-
ok stop.

hari ni tak ada apa yg menarik.
pagi pagi bangun dapat text dari dia.. lepastu eply kejap then sambung at tweet.
lepastu sambung text. di sebab kan dia ada class so kiteorg sambung petang :)
tunggu punya tunggu finally dia text jugak but.................
sorry tak boleh cerita. hahaha.. sorry guys :)

sementara tunggu text dia ada org call.
jawab je lah. even tengah serabut time tu maybe jawab call tu boleh elok kan emosi aku kan ? hahaha
and ternyata it working ! hahah.. berhasil ok :)

ingat kan dah ok lah then bila dapat je text from him everything has changed :)
ok stop talking about him :)
he will be ok :)

malam tak tau nak buat apa. mama ajak pergi sm bayar broadband but tahap malas aku yg kritikal ni membuat kan aku tolak ajakan paradigma mak aku tu. hahaha !!!
kesimpulan ye hari ni HARI YANG MEMBOSANKAN.
sekian terima kasih


Sunday, November 24, 2013

jamuan kelas 4PA3

assalamualaikum.
salam sejahtera.
salam 1 Malaysia.

hahaha.. ok hari ni nak story pasal semalam.. ye, semalam 23 nov 2013 :) 
ada apa ?? ergghh.. awat slow sngt.. aku ada jamuan kelas lah :) hahaha..
what a lovely day !! 
enjoy with them... buat taman layang layang tu macam taman bapak kiteorg..
even sedih sikit tak dapat main playground sebab penuh but still enjoy ourself :)
oh !! oh !! sebelum lupa kiteorg... ermm actly bukan kiteorg but aku n balhis main belon air.. alolo.. mcm budak tak matang rasa nya.. hahaha.. so what ?? kiteorg childish ?? but cute right ?? ahahah please dengki :P

ok.. biasa lah melayu janji pukul 3 datang pukul 4 -.-" aku balkhis n syikin dah smpai awal si alyan n friend belum sampai lagi -.-"
last2 sambil tunggu tu aku, syikin, balkhis, madan n nafi main UNO.. -.-" pastu boleh pulak dorang nak ngorat pompan 3 org dekat ngan kiteorg tu.. ahhahaha.. last2 pompn tu g lepak at tempat lain.. kesian dorang but.... kesah pulak aku -.-"
while tunggu alya n others kiteorg dah makan dulu.. hahaha sbb tu lah bila dorang dah dtg aku dah terlebih muatan :P ahahhaha sorry... >.<

bila dorang dah smpai mula lah sesi photoshot kiteorg at situ.. ahhaha mamat2 tah sape2 yg melepak at situ tengok kiteorg krikk krikk je.. hahahah lantak.. but dorang comel.. ahhaha sorang muka mcm bob pulak -.-"
echa cakap tu abg bob.. hahaha pon boleh.. :P

then di pendek kan story.. pukul 6.30 cm tu kiteorg balik...
pukul 8.30 keluar balik sbb pegi pasal malam with syikin.. hahahah
kat sana jumpa ramai lah warga2 smksb n smkde :P ahahah
the moment bila beratur beli uncle bob aku tengok belakng and tengok depan balik.. bila mcm tak puas hati aku pusing belakang balik.. and abng belakang aku dah pelik ngan aku.. ahahha muka dia macam effy !! ahhaah effy tu abg balkhis :P ahahahah
pastu jalan2 nak beli kebab jumpa lagi dia...
si syikin tak habis2 jumpa paan dia :P ahahahaha...

tp moment yg tak boleh lupa bila jumpa... ermmm yg pakai tudung oren tu.. yg jalan mcm jalan2 tepi pantai tu.. hahaha dah la sesak dia boleh lah jalan lembab.. sebaik lah aku pike kita bff "sangat" ahahhahaha... aku potong je lah kau... hahahah tak tau lah dia perasan aku ke tak but first time jumpa dia perasan but aku yg tengok tempat lain... syikin yg nmpk dia... hahahah nak jumpa bf dia lah tu >.< hahaha
tp bf dia pun tak kerja semalam .padan muka dia :P ahahah mana aku tau ?? sbb aku pun cari bf dia :P ahahahahaha !!!
ok kantoi >.<







hahahah... jadi setakat ini sahaja lah syarahan saya pada hari ini...
yg buruk itu dari saya yg baik itu dari Allah...
sekian terima kasih :)
assalamualikum :)

Friday, November 22, 2013

Arwah Ahmad Ammar



Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai  “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar  cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.
Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.




al-fatihah :')
semoga arwah di tempat kan di tempat org yg beriman..
aamiin :')